Thursday, July 28, 2011

Tart Telur

Tart Telur

Dsc00129
Sedapp!! Gerenti jadi! hihihi!

Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )

  • bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
  • bahan utk filling : 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence

Cara-cara

  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!

Puding Caramel

Imag0103
thanx izzatul...

Bahan-bahan ( 10-15 orang )

  • 7 biji telur
  • 3+1 senduk gula
  • 1.8 liter susu segar (brand Goodday utk rasa lemak, brand HL utk kurang lemak)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/5 sudu teh garam
  • daun pandan / 1 sudu teh esen pandan

Cara-cara

  1. Panaskan susu segar yang dicampurkan dengan gula 1 senduk utk kira-kira 4 minit. Campuran ini hendaklah selalu dikacau untuk elak kewujudan selaput. dekat2 mendidih, tutup api dan campurkan garam, vanilla, pandan.
  2. Di dalam bekas yang berbeza, pecahkan telur dan kacau. Kacau dengan perlahan dan sedikit demi sedikit, masukkan telur ke dalam campuran (1). (kalau masuk serentak, nanti telur akan masak berketul macam telur hancur/scrambled egg). Ketepikan
  3. Di dalam kuali / periuk, panaskan gula 3 senduk gula (jangan letak air). lama - kelamaan, gula ini akan cair dan berwarna keperangan yg manis. Sekiranya terlalu lama, ia akan jadi perang gelap yg pahit.
  4. Tuangkan air gula perang di dalam bekas/ talam. ia akan menjadi dasar puding caramel. Kemudian, tuangkan bancuhan (2), ke dalam bekas / talam ini.
  5. Imag0125
    Stim kan untuk 20 minit, tutup api, biarkan pada suhu bilik. bila dah tak panas, masukkan ke dalam peti sejuk. Esok atau bila dah rasa tak sabar sgt nak makan... sapu la!

No comments:

Post a Comment