Thursday, May 17, 2012

Info Untuk Kecantikan...Awas!

Bahaya Penggunaan Produk Kosmetik
Pengenalan
Produk kosmetik bermaksud apa-apa bahan atau persediaan yang dicadang untuk digunakan atau dikatakan sebagai boleh digunakan ke atas beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia (epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, organ genital luaran dll) atau ke atas gigi dan membran mukosa di dalam rongga mulut, bagi membersih, mewangi, memperbaiki/ mengubah atau mencantikkan kulit muka dan /atau menghilangkan bau badan, dan /atau menghindar atau menjaga dalam keadaan yang baik.
Empat ribu tahun yang lalu, orang Mesir merupakan manusia pertama menggunakan krim pelembap yang mengandungi plumbum karbonat. Manakala wanita Rom menggunakan keladak arak merah sebagai gincu bibir.[2] Jika dilihat dari segi sejarah apa yang didapati sejak dahulu lagi manusia menggunakan pelbagai jenis ramuan asli atau bahan kimia dalam pemprosesan barangan komestik. Ini termasuklah tanaman herba, lemak haiwan dan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu. Sehingga kini penggunaan alatan komestik masih diragui keselamatan kepada pengguna.
Barangan komestik merupakan sebahagian daripada barangan dandanan diri wanita. Kebiasaannya barangan komestik disimpan dirumah malah merupakan sebahagian barangan utama yang sentiasa dibawa dalam beg tangan wanita. Alat komestik merangkumi pelbagai barangan termasuk barangan penjagaan rambut, mekap mata dan muka, bedak, gincu, minyak wangi dan sebagainya.
Disebabkan potensi kemalangan jiwa dan risiko kesihatan akibat komestik kerajaan telah mengubal undang-undang bertujuan mengawal produk komestik dalam pasaran. Pelaksanaan ini dapat dicapai melalui pendaftaran produk komestik dan pelesenan syarikat yang memasarkan keluaran tersebut.
Semua pengeluar dan pengimport barangan komestik diwajibkan mendaftar barangan mereka supaya dapat dikenal pasti kandungan bahan-bahan yang digunakan. Ini bagi memastikan barangan tersebut bukan sahaja sesuai untuk kecantikan tetapi selamat untuk digunakan. Setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang berbagai. Walaupun secara amnya barangan ini dianggap selamat, kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalahguna.
Walaupun secara amnya barangan ini selamat digunakan namun kehadiran ini selamat digunakan namun kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan memudaratkan apabila tersalah guna. Oleh itu, nama kandungan bahan kimia yang tercatat pada label merupakan maklumat yang berguna kepada doktor untuk memudahkan rawatan dikendalikan jika berlakunya keracunan.
  1. a.      Barangan penjagaan muka
Kajian membuktikan bahawa wanita Asia mengemari krim pemutih berbanding wanita Eropah. Ini tidak menghairankan kerana sejak dulu kulit putih dianggap symbol kecantikan dan kejelitaan seseorang wanita. Di Jepun misalnya, wanita Geisha menggunakan bedak khas untuk memutihkan muka mereka. Kini ada pelbagai losyen dan krim pemutih di pasaran, tetapi amalan penggunaan krim pemutih perlu berhati-hati kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh menyebabkan penyakit kanser.
Pada hakikatnya, krim pembersih dan pemutih muka yang digunakan boleh merosakan kulit akibat daripada terdapatnya bahan aktif berbahaya seperti hidrokuinon, raksa dan sebagainya.
b.      Barangan penjagaan rambut
 i.               Syampu
Syampu mengandungi bahan pencuci antaranya trietanolamin dedesilbenzin sulfonat, etanolamin laurik asid, pewangi dan air. Kandungan agen penambah contohnya selenium dan resorsinol dalam sediaan anti kelumumur, bahan pengawet lain yang dirumuskan dalam syampu tidak begitu tinggi dan boleh menyebabkan keracunan kulit serta alahan pada kulit.
Sekiranya syampu yang digunakan terminum oleh penggunanya dalam beberapa ml, boleh menyebabkan pengguna merasa kerengsaan perut, mual dan muntah.
ii.             Bahan pelurus rambut
Bagi pengguna yang gemar untuk meluruskan rambut, bahan yang digunakan untuk meluruskan rambut adalah terdiri natrium hiroksida pada kepekatan satau hingga tiga peratus dengan nilai pH 13.
Bahan ini juga boleh menyebabkan iritasi atau radang pada kulit dan ianya boleh membakar sistem penghadaman terutamanya bahagian esophagus jika pengguna terminum.
iii.           Penyembur rambut
Untuk bahan penyembur rambut yang biasa digunakan untuk mengawal keadaan rambut ianya mengandungi sejenis alcohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus dan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami pening kepala.
  
NFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG

  • Cara-cara pencegahan jerawat

    Ketika anda masih kecil, tidak mustahil hampir semua orang mempunyai jangkitan demam campak. Demam campak bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan, tetapi juga meninggalkan parut-parut yang sangat buruk. Namun parut-parut ini hanyalah sementara sahaja dan agak mustahil untuk anda mendapat demam campak buat kali kedua!

    Apabila anda meningkat dewasa, hormon-hormon dalam badan akan berubah dan untuk sesetengah orang yang tidak mempunyai genetik kulit cantik, akan mula menghadapi satu masalah yang lebih dahsyat daripada parut demam campak, iaitu JERAWAT!

    Jerawat bukan sahaja berlaku ketika anda berusia remaja, malah 54 peratus wanita yang berumur lebih 25 tahun juga menghadapi masalah ini, dan ianya lebih lazim di kalangan wanita berumur 30an. Selain masalah kulit berkedut, masalah jerawat dan kesan-kesan parut akibat jerawat adalah salah satu masalah wanita yang sangat merunsingkan.

    Menurut ahli dermatologi dan penulis buku "Heal Your Skin", Ava Shamban serta Pengarah Pusat Latihan Dan Pembangunan Institut Dermatologi, Annet King, masalah jerawat adalah genetik dan ianya boleh dirawat dengan bantuan doktor pakar kulit. Walaubagaimanapun, kos rundingan ini selalunya mahal. Masih ada cara lain yang tidak menggunakan wang dan boleh dilakukan untuk melawan masalah jerawat. Di sini kami senaraikan penyebab jerawat menyerang dan bagaimana anda boleh mengelaknya.

    1. Penggunaan alat solekan dengan bahan-bahan tiruan

    Kebanyakan wanita pastinya menggunakan alat kosmetik apabila keluar dari rumah, dan dalam mengaplikasi solekan tersebut, anda pastinya menggunakan bedak, alat-alat kosmetik seperti berus, pembayang mata dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahan-bahan di dalam alat solekan anda boleh memberi kesan terhadap kulit anda? Malah ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan. Oleh itu lihatlah bahan-bahan ini ketika anda membeli alat solekan yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

    Warna tiruan: Sekiranya terdapat perkataan "FD&C", ini bermakna produk ini mempunyai bahan tiruan. Bahan ini boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sekiranya ia terdapat dalam pemerah pipi atau lipstik, ianya boleh menyebabkan jerawat di pipi atau sekeliling mulut.

    Lanolin: Ini adalah sejenis sebum atau minyak kambing biri-biri. Walaupun ianya bagus untuk kulit kering, tetapi ianya boleh memberi kesan buruk untuk kulit yang memang bermasalah.

    Minyak mineral: Bahan ini akan membentuk satu lapisan di permukaan kulit, di mana ianya akan memerangkap kulit mati dan bakteria (penyebab utama jerawat) dan juga menyebabkan milia, iaitu sejenis bintik-bintik putih di kulit anda.

    Petroleum: Ini adalah sejenis bahan yang membuatkan kulit anda lebih berminyak dan semestinya anda tidak perlukan bahan ini di muka anda.

    Isopropyl Myristate: Bahan ini boleh membuatkan kulit anda kurang berminyak, tetapi ianya akan menyumbat liang-liang roma dan menyebabkan iritasi kulit.

    Pewangi tiruan: Bahan ini boleh menyebabkan kulit bermasalah. Oleh itu, cubalah cari produk yang bebas pewangi.

    2. Tekanan pada permukaan kulit

    Tekanan pada permukaan kulit turut boleh menyebabkan jerawat. Contohnya seperti penggunaan telefon bimbit, memegang muka anda dengan tangan dan sebagainya. Ini kerana tangan anda, telefon bimbit dan sebagainya adalah kotor dan mempunyai bakteria. Apabila anda mendekatkan bahan-bahan ini ke muka anda, maka bakteria itu akan berjangkit dan menyebabkan pembiakan bakteria di kulit anda, yang kemudiannya menyebabkan jerawat!

    Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar habit anda dalam memegang muka anda, dan juga membersihkan sebarang permukaan barang-barang yang selalu digunakan berdekatan dengan kulit muka, terutamanya telefon bimbit supaya tiada jangkitan bakteria.

    3. Stress

    Sedarkah anda setiap kali anda stress, kulit anda akan menjadi kusam dan bermasalah? Ini kerana apabila anda stres, badan anda akan menghasilkan hormon berlebihan dan juga kortisol yang boleh menyebabkan jerawat. Selain penyebab kulit berkedut, masalah jantung dan juga masalah penghadaman, stress juga boleh menyebabkan tahap imunasi badan anda rendah. Oleh itu ianya boleh menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada bakteria dan pelbagai penyakit. Jadi apa anda perlu buat? Relaks! Kurangkan tahap stress anda dengan bertenang dan membuat aktiviti yang boleh menceriakan anda, contohnya beriadah dengan keluarga, menonton wayang ataupun bergelak ketawa!

    4. Pakaian dan alas katil/bantal yang kotor

    Bakteria boleh berada di mana-mana sahaja dan salah satunya dalam bentuk kulit mati. Apabila anda tidur, kulit anda akan mengalami proses penukaran dan kulit-kulit mati akan jatuh. Cuba bayangkan, anda tidur selama 6 sehingga 8 jam setiap hari, dan sekiranya alas bantal tidak ditukar, anda akan tidur dengan kulit-kulit mati dan bakteria melekat di muka anda! Selain itu, baju-baju anda pakai yang sudah terdedah dengan peluh, kotoran di luar, sekiranya tidak dicuci, akan menjadi tempat bakteria membiak! Malah tuala yang lembap selepas digunakan juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

    Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar cadar dan alas bantal sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Kemudian anda hendaklah menggunakan tuala baru setiap hari. Selain itu kurangkan penggunaan bahan pelembut dan pencuci yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi apabila mencuci pakaian anda.

    5. Produk rambut

    Ramai yang tidak sedar penggunaan syampu dan produk rambut boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda fikir balik, tahukah anda berapa kali rambut anda menyentuh kulit muka anda? Melainkan anda cuci rambut anda setiap hari dan malam sebelum tidur, bahan-bahan tersebut akan melekat di bantal tidur anda, seterusnya ke muka anda.

    Malah dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk rambut seperti minyak, silikon, dan sebagainya boleh membuatkan kulit anda tersumbat. Jadi apa yang perlu anda buat ialah mengelakkan rambut anda daripada jatuh ke muka, seperti memakai cekak rambut atau mengikat rambut anda. Bagi mereka yang memakai tudung, pastikan kain tudung anda bersih dan dibasuh setiap hari.

    6. Berus solek

    Setiap kali anda menggunakan berus solekan, kulit-kulit mati anda akan melekat di alat tersebut, seterusnya menjadi tempat bakteria membiak dan menyebabkan jerawat. Oleh itu apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan span solekan sekali sahaja atau mencuci berus yang digunakan setiap minggu dengan pencuci khas berus solekan atau syampu. Ini akan membuat berus anda bebas bakteria dan membuatkan kulit anda bebas jangkitan jerawat!

    7. Pemakaian baju ketat

    Selain di muka, jerawat juga boleh menyerang permukaan kulit di badan yang lain seperti belakang badan, dada malah kaki! Selalunya perkara ini berlaku apabila kulit mati dan peluh terperangkap di badan akibat pemakaian baju yang tidak sesuai seperti terlalu ketat. Fabrik seperti polyester atau lycra juga boleh memerangkap kulit-kulit mati dan peluh di badan, menyebabkan bakteria membiak. Oleh itu, apa yang perlu anda buat untuk mengelak perkara ini ialah memakai pakaian yang longgar menggunakan fabrik kapas atau bahan yang membenarkan kulit anda untuk bernafas.

    Petikan Dari:-