Thursday, December 1, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

by LayarMinda on Monday, 8 November 2010 at 22:49
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 24, 2011

Teknik selesaikan Hutang...

Teknik Settle Hutang Kad Kredit

Harap anda dan famili sihat selalu. Adusssss ramaikan yang pening apabila menerima statement kad kredit setiap awal bulan!

Arghhhhhh.. anda mesti bayar paling kurang minima kalau tak kena kejar setiap hari dengan bank. Orang bank yang call ni akan kejar anda sampai dapat sebab mereka dapat komisen bila anda bayar nanti. Masyukkkkkkkk..

Then…..bagaimana kita boleh kurangkan hutang kad kredit yang boleh buatkan kita Migrain. Kad kredit ni kita tak boleh buat main-main sebab ramai yang muflis kerana godaan kad kredit ini.

Kad kredit nie, dia punya range interest antara 13.5% – 17.5% setahun, Perghhhhh punyalah tinggi? Loan kereta baru buatan tempatan pun baru sekitar 3%-4% je setahun.

Contoh: Jika anda mempunyai baki tertunggak kad kredit sebanyak RM10,000 anda perlu membayar minima sebanyak RM500 (RM10000x5%) selama 89 bulan! 20 bulan anda bayar principal dan 69 bulan lagi anda bayar interest bank. Sebab tu lah bank kaya!kaya kaya.

Disini saya tunjukkan beberapa teknik yang boleh anda gunakan untuk ucapkan good bye kat kad kredit ni:

Teknik 1: Balance Transfer : dimana anda memindahkan baki kad kredit anda kepada kad kredit lain yang rendah interestnya. Anda boleh buat survey kad kredit yang rendah interest di google. Apabila anda pindah, sila lupuskan kad yang lama tadi dan mula bayar bulanan untuk kad yang baru.

Teknik 2: Personal Loan: disini anda boleh memohon personal loan daripada bank (bukan along) dimana interestnya lebih rendah iaitu antara 7-9%. Selepas dapat pinjaman ini anda bayar semua kad kredit dan tutup. Mulakan membayar pinjaman bank selepas itu. Ini akan menjimatkan wang anda.

Teknik 3: Buat bayaran ansuran: jika anda benar-benar tersepit ini adalah cara terakhir. Anda call bank kad kredit anda dan katakan anda nak berhenti guna kad kredit dan bayar melalui installment. Dengan cara ini bank akan berikan anda beberapa pilihan jumlah yang mampu anda bayar untuk melunaskan hutang kad kredit tersebut. Jika sebelum ini anda bayar RM500 sebulan, selepas buat installment anda boleh bayar RM200 atau RM300 sehingga habis.

Teknik 4:

Jika anda mempunyai masalah bebanan hutang kad kredit anda perlu bertindak untuk mulakan salah satu daripada 4 langkah diatas sebelum terlambat.

Ingat kata Albert Einstein : "Mereka yang yang GILA ialah buat sesuatu yang sama berkali-kali dan mengharapkan hasil yang berlainan!"

Tuesday, October 18, 2011

Niat Perkahwinan Kerana Allah s.w.t.

 
PERKAHWINAN HENDAKLAH NIAT KERANA ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. bersabda,:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.
...
2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihara farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

(Hadis riwayat at-Thabrani)
See more
(Petikan dari FB Imam Muda Nazrul)

Friday, October 7, 2011

Qs 41 Fushshilat :53. "Kami akan perlihatkan pada mereka tanda-tanda kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri,hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar.Tidakkah cukup sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"


~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Tuesday, October 4, 2011

Mengerat Kuku....

 
‎ barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009
by: Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ