Bahaya Penggunaan Produk Kosmetik
Pengenalan
Produk kosmetik bermaksud apa-apa bahan atau persediaan yang
dicadang untuk digunakan atau dikatakan sebagai boleh digunakan ke atas
beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia (epidermis, sistem rambut, kuku,
bibir, organ genital luaran dll) atau ke atas gigi dan membran mukosa
di dalam rongga mulut, bagi membersih, mewangi, memperbaiki/ mengubah
atau mencantikkan kulit muka dan /atau menghilangkan bau badan, dan
/atau menghindar atau menjaga dalam keadaan yang baik.
Empat ribu tahun yang lalu, orang Mesir
merupakan manusia pertama menggunakan krim pelembap yang mengandungi
plumbum karbonat. Manakala wanita Rom menggunakan keladak arak merah
sebagai gincu bibir.[2]
Jika dilihat dari segi sejarah apa yang didapati sejak dahulu lagi
manusia menggunakan pelbagai jenis ramuan asli atau bahan kimia dalam
pemprosesan barangan komestik. Ini termasuklah tanaman herba, lemak
haiwan dan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu. Sehingga kini
penggunaan alatan komestik masih diragui keselamatan kepada pengguna.
Barangan komestik merupakan sebahagian
daripada barangan dandanan diri wanita. Kebiasaannya barangan komestik
disimpan dirumah malah merupakan sebahagian barangan utama yang sentiasa
dibawa dalam beg tangan wanita. Alat komestik merangkumi pelbagai
barangan termasuk barangan penjagaan rambut, mekap mata dan muka, bedak,
gincu, minyak wangi dan sebagainya.
Disebabkan potensi kemalangan jiwa dan
risiko kesihatan akibat komestik kerajaan telah mengubal undang-undang
bertujuan mengawal produk komestik dalam pasaran. Pelaksanaan ini dapat
dicapai melalui pendaftaran produk komestik dan pelesenan syarikat yang
memasarkan keluaran tersebut.
Semua pengeluar dan pengimport barangan
komestik diwajibkan mendaftar barangan mereka supaya dapat dikenal pasti
kandungan bahan-bahan yang digunakan. Ini bagi memastikan barangan
tersebut bukan sahaja sesuai untuk kecantikan tetapi selamat untuk
digunakan. Setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang
berbagai. Walaupun secara amnya barangan ini dianggap selamat,
kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila
tersalahguna.
Walaupun secara amnya barangan ini
selamat digunakan namun kehadiran ini selamat digunakan namun kehadiran
bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan memudaratkan apabila
tersalah guna. Oleh itu, nama kandungan bahan kimia yang tercatat pada
label merupakan maklumat yang berguna kepada doktor untuk memudahkan
rawatan dikendalikan jika berlakunya keracunan.
- a. Barangan penjagaan muka
Kajian membuktikan bahawa wanita Asia
mengemari krim pemutih berbanding wanita Eropah. Ini tidak menghairankan
kerana sejak dulu kulit putih dianggap symbol kecantikan dan kejelitaan
seseorang wanita. Di Jepun misalnya, wanita Geisha menggunakan bedak
khas untuk memutihkan muka mereka. Kini ada pelbagai losyen dan krim
pemutih di pasaran, tetapi amalan penggunaan krim pemutih perlu
berhati-hati kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh
menyebabkan penyakit kanser.
Pada hakikatnya, krim pembersih dan
pemutih muka yang digunakan boleh merosakan kulit akibat daripada
terdapatnya bahan aktif berbahaya seperti hidrokuinon, raksa dan
sebagainya.
b. Barangan penjagaan rambut
i. Syampu
Syampu mengandungi bahan pencuci
antaranya trietanolamin dedesilbenzin sulfonat, etanolamin laurik asid,
pewangi dan air. Kandungan agen penambah contohnya selenium dan
resorsinol dalam sediaan anti kelumumur, bahan pengawet lain yang
dirumuskan dalam syampu tidak begitu tinggi dan boleh menyebabkan
keracunan kulit serta alahan pada kulit.
Sekiranya syampu yang digunakan terminum
oleh penggunanya dalam beberapa ml, boleh menyebabkan pengguna merasa
kerengsaan perut, mual dan muntah.
ii. Bahan pelurus rambut
Bagi pengguna yang gemar untuk
meluruskan rambut, bahan yang digunakan untuk meluruskan rambut adalah
terdiri natrium hiroksida pada kepekatan satau hingga tiga peratus
dengan nilai pH 13.
Bahan ini juga boleh menyebabkan iritasi
atau radang pada kulit dan ianya boleh membakar sistem penghadaman
terutamanya bahagian esophagus jika pengguna terminum.
iii. Penyembur rambut
Untuk bahan penyembur rambut yang biasa
digunakan untuk mengawal keadaan rambut ianya mengandungi sejenis
alcohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus dan boleh mengakibatkan
seseorang itu mengalami pening kepala.
NFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG
NFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
No comments:
Post a Comment